Divergent (novel)

Divergent adalah novel fiksyen sains karya penulis Amerika Syarikat Veronica Roth. Berlatar tempat di Chicago masa depan, novel ini merupakan siri pertama dalam trilogi Divergent . Divergent kerap dibanding-bandingkan dengan novel remaja sejenis seperti The Hunger Games dan The Maze aRunner kerana persamaan tema dan sasaran pembacanya. Roth berkata bahawa idea cerita Divergent muncul saat ia masih berkuliah. Plot utama novel ini adalah mengenai pembahagian masyarakat ke dalam pelbagai jenis puak mengikut personaliti, mirip dengan novel Clans of the Alphane Moon (1964) karya Philip K. Dick.

Summit Entertainment membeli hak pengadaptasian novel menjadi filem dan mula menghasilkan filem adaptasinya pada tahun 2013, yang juga berjudul Divergent . Novel kedua dalam trilogi ini adalah Insurgent , yang diterbitkan pada 1 Mei 2012, dan novel ketika sekaligus terakhir, Allegiant , pada 22 Oktober 2013.