Philip K. Dick
Philip K. Dick | |
|---|---|
| Lahir | Philip Kindred Dick 16 Disember 1928 Chicago, Illinois, Amerika Syarikat |
| Meninggal dunia | Mac 2, 1982 (umur 53) Santa Ana, California, Amerika Syarikat |
| Nama pena |
|
| Pekerjaan | Novelis, penulis cerpen, penulis esei |
| Warganegara | Amerika Syarikat |
| Tempoh | 1952–1982 |
| Genre | Cereka sains, cereka paranoia, cereka falsafah |
| Pergerakan sastera | Pascamoden |
| Karya terkenal |
|
| Anak | 3 |
| Tandatangan | |
Philip Kindred Dick (16 Disember 1928 – 2 Mac 1982) ialah seorang penulis cereka sains dari Amerika Syarikat. Penulisan beliau meneroka tema-tema falsafah, sosial dan politik melalui jalan cerita yang berpusatkan syarikat monopoli, alam-alam alternatif, pemerintah autoritarian dan tahap kesedaran diubah. Karya-karyanya mencerminkan minat peribadinya terhadap metafizik dan teologi di mana ia sering didasarkan pengalaman beliau menyentuh sifat realiti, identiti, penyalahgunaan dadah, skizofrenia dan pengalaman transendental.
Dick bukan sahaja telah menulis 44 buah novel yang telah diterbitkan, tetapi beliau Dick menulis kira-kira 121 cerita pendek yang kebanyakannya muncul dalam majalah fiksyen sains semasa hayatnya. Beberapa buah filem telah dibuat daripada penyaduran karya-karyanya termasuk Blade Runner (1982), Total Recall (diadaptasikan pada tahun 1990 and 2012), Minority Report (2002), A Scanner Darkly (2006), and The Adjustment Bureau (2011). In 2005, majalah Time menyenaraikan Ubik dalam antara novel-novel bahasa Inggeris terunggul yang diterbitkan sejak tahun 1923.