Perkhidmatan media Over-The-Top

Perkhidmatan media lepas pelantar (bahasa Inggeris: Over-The-Top, disingkatkan kepada OTT) ialah perkhidmatan media penstriman pembawa kandungan berupa data, maklumat atau multimedia yang berjalan terus melalui rangkaian Internet tanpa perlu melalui pelantar-pelantar sedia ada seperti televisyen jenis siaran, kabel atau satelit yang mengawal pengagihan kandungan disalurkan. Boleh dikayakan bahawa perkhidmatan OTT ialah “menumpang” kerana sifatnya yang beroperasi di atas rangkaian internet milik pengendali telekomunikasi. Beberapa contoh syarikat yang beroperasi dalam perkhidmatan OTT ialah Facebook, Twitter, YouTube, Viber, dan lain-lain. Syarikat perkhidmatan OTT seperti WhatsApp dan lain-lain umumnya tidak memiliki bentuk kerjasama rasmi dengan penyedia telekomunikasi.