Dinasti Lê
Kerajaan Đại Việt Đại Việt Quốc (大越國) | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1427–1527 1533–1789 | |||||||||
Kemuncak Đại Việt ketika pemerintahan Kaisar Lê Thánh Tông. Wilayah berwarna cerah mewakili kawasan yang ditaklukkan secara singkat dari tahun 1478–1480, warna biru mewakili kawasan naungan Champa. | |||||||||
| Status | Dinasti | ||||||||
| Ibu negara | Đông Kinh | ||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Vietnam | ||||||||
| Agama | Neo-Konfusianisme, Buddhisme, Taoisme | ||||||||
| Kerajaan | Monarki | ||||||||
| Maharaja | |||||||||
• 1428–1433 | Lê Lợi (pertama) | ||||||||
• 1522–1527 | Lê Cung Hoàng (kesepuluh) | ||||||||
• 1786–1789 | Lê Chiêu Thống (terakhir) | ||||||||
| Sejarah | |||||||||
• Pertabalan Lê Lợi | 15 Mac 1427 | ||||||||
| 15 Jun 1527 | |||||||||
• Kemenangan Kỷ Dậu | Januari 1789 | ||||||||
| Mata wang | Văn (Sapèque) | ||||||||
| |||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Vietnam Laos Kemboja China | ||||||||
Dinasti Lê Lewat (Vietnam: Nhà Hậu Lê; Chu Hán: 後黎朝), atau sekadar dinasti Lê (dinasti Lê sebelumnya memerintah hanya dalam masa singkat, 980-1009 Masihi), merupakan dinasti yang paling lama memerintah Vietnam, dengan tempoh pemerintahan dari 1428 hingga 1788, kecuali dalam suatu tempoh singkat selama enam tahun akibat akibat rampasan kuasa oleh pihak Dinasti Mạc (1527-1533). Sejarawan Vietnam biasanya membezakan Dinasti Lê primitif (1428 hingga 1527) dengan dengan Dinasti Lê yang dipulihkan (1533 hingga 1789) setelah berlaku pemulihan dinasti oleh panglima perang yang kuat.
Dinasti ini ditubuhkan secara rasmi pada 1428 dengan pertabalan Lê Lợi setelah mengusir tentara Ming dari Vietnam. Pada 1527, Dinasti Mạc mengambil alih takhta, tetapi Dinasti Lê dipulihkan pada tahun 1533 meskipun masih perlu bersaing untuk mendapatkan kekuasaan dengan Dinasti Mạc dalam tempoh yang dikenal sebagai zaman Dinasti Utara dan Selatan. Maharaja Lê yang dipulihkan tidak memiliki kuasa yang nyata, dan pada saat dinasti Mạc hanya terbatas sebagai suatu wilayah kecil pada tahun 1592 dan akhirnya dikalahkan pada 1677, kekuasaan yang sebenar ada pada tangan penguasa Nguyễn di selatan dan penguasa Trịnh di utara, dan kedua-keduanya memerintah atas nama Maharaja Lê sambil saling bertarung. Pemerintahan mereka secara berakhir pada 1788, ketika pemberontakan petani bersaudara Tây Sơn mengalahkan kedua-dua pihak Trịnh dan Nguyễn, secara ironinya dengan tujuan untuk mengembalikan kuasa dinasti Lê.