Diklofenak

Diklofenak
Data klinikal
Nama dagangCataflam, Voltaren, dan lain-lain
AHFS/Drugs.comSistemik: Monograph
Sapuan kulit: Monograph
MedlinePlusa689002
Data lesen
Kategori
kehamilan
  • AU: C
Kaedah
pemberian
Melalui mulut, rektum, intraotot, intravena (batu ginjal dan hempedu), sapuan kulit
Status perundangan
Status perundangan
  • AU: S2 (Perubatan farmasi) – S4
  • UK: POM (Preskripsi sahaja) (P for topical formulation)
  • AS: Rx sahaja / OTC
  • ℞ sahaja di kebanyakan negara dan dari segi penyediaan; OTC terhad di beberapa buah negara; pembuatan dan kegunaan veterinari diharamkan di negara India, Nepal dan Pakistan kerana burung hering tempatan di ambang kepupusan
Data farmakokinetik
Pengikatan proteinLebih daripada 99%
MetabolismeHati, secara pengolsidaan, paling utama melalui CYP2C9, juga melalui CYP2C8, CYP3A4, serta berkonjugat melalui pengglukuronian (UGT2B7) dan pensulfatan; tiada metabolit aktif ditemui
Mula masa tindakDalam masa 4 jam (gel), 30 min (non-gel)
Penyingkiran separuh hayat1.2–2 jam (35% bahan ubatan tersebut masuk melalui pengedaran semula enterohati)
Perkumuhan40% melalui hempedu 60% melalui air kencing
Pengecam
  • asid [2-(2,6-dikloroanilino)fenil]asetik
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.035.755
Data kimia dan fizikal
FormulaC14H11Cl2NO2
Jisim molar296.15 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
  • O=C(O)Cc1ccccc1Nc2c(Cl)cccc2Cl
  • InChI=1S/C14H11Cl2NO2/c15-10-5-3-6-11(16)14(10)17-12-7-2-1-4-9(12)8-13(18)19/h1-7,17H,8H2,(H,18,19) Y
  • Key:DCOPUUMXTXDBNB-UHFFFAOYSA-N Y
 NY (what is this?)  (verify)
Error in template * unknown parameter name (Template:Infobox_drug): "interactions; typical_dose; uses; breastfeeding; side_effects; defined_daily_dose" (See parameter list). This message only shows in Preview, it will not show after you do Terbit perubahan.


Diklofenak, dijual di bawah jenama seperti Voltaren, merupakan sejenis ubat antiradang bukan steroid (NSAID) yang digunakan untuk merawat sakit dan penyakit radang seperti gout. Ia diambil sama ada melalui mulut, melalui rektum dalam bentuk supositori, melalui suntikan, atau melalui sapuan pada kulit. Penambahbaikan dari segi pengurangan kesakitan berlangsung selama lapan jam. Ia juga boleh didapati dalam kombinasi dengan misoprostol untuk mengurangkan masalah sakit perut.

Antara kesan sampingan yang biasa apabila mengambil diklofenak termasuklah sakit perut, pendarahan gastrousus, loya, pening, sakit kepala dan pembengkakan. Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk penyakit jantung, strok, masalah buah pinggang dan ulser perut. Penggunaan ubat ini tidak disyorkan sewaktu trimester ketiga kehamilan. Ia berkemungkinan selamat digunakan semasa dalam tempoh menyusu. Ia dipercayai berfungsi dengan mengurangkan pengeluaran prostaglandin. Ia menyekat kedua-dua siklooksigenase-1 (COX-1) dan siklooksigenase-2 (COX-2).

Diklofenak telah dipatenkan pada tahun 1965 oleh Ciba-Geigy; ia mula digunakan dalam perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1988. Ia boleh didapati sebagai ubat generik. Kos borong di negara membangun secara umumnya adalah kurang daripada AS$2 sebulan pada tahun 2015. Di Amerika Syarikat kos borong bagi ubat ini lazimnya kurang daripada AS$9 pada 2018. Pada tahun 2017, ia merupakan ubat ke-94 yang paling biasa dipreskribkan di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada lapan juta preskripsi. Ia boleh didapati dalam bentuk garam natrium dan garam kalium.