Diensefalon
| Diensefalon | |
|---|---|
Hipotalamus dan kedua-dua belah talamus dilabel. Serebelum bukan sebahagian diensefalon. | |
| Butiran | |
| Pendahulu | Prosensefalon, terbitan tiub saraf |
| Sebahagian daripada | Otak manusia |
| Bahagian | Talamus, hipotalamus, epitalamus dan subtalamus |
| Pengenalpastian | |
| nama bahasa Latin | diencephalon |
| MeSH | D004027 |
| NeuroLex ID | birnlex_1503 |
| TA | A14.1.03.007 A14.1.08.001 |
| TH | H3.11.03.5.00001 |
| FMA | FMA:62001 |
| Istilah anatomi neuroanatomi | |
Dalam otak manusia, diensefalon ialah bahagian otak depan (prosensefalon dalam embrio). Ia terletak di antara telensefalon dan otak tengah (mesensefalon dalam embrio). Ia terdiri daripada struktur di kedua-dua belah ventrikel ketiga, termasuk talamus, hipotalamus, epitalamus dan subtalamus.
Diensefalon ialah satu daripada vesikel-vesikel otak yang terbentuk ketika embriogenensis. Ketiga minggu ketiga perkembangan, tiub saraf terbetuk daripada ektoderma, satu daripada tiga lapisan germa primer. Tiub itu membentuk tiga vesikel utama ketiga minggu ketiga: prosensefalon, mesensefalon dan rombensefalon. Prosensefalon akan terbahagi menjadi telensefalon (serebrum) dan diensefalon.