Talamus
Talamus (dari bahasa Yunani θάλαμος, "kebuk") adalah suatu jisim yang besar dari jirim kelabu di bahagian dorsal (belakang) diensefalon otak dengan beberapa fungsi seperti menyampaikan isyarat deria - termasuk isyarat motor - ke korteks serebrum, dan mengawalatur kesedaran, tidur, dan kecerdasan manusia.
Ia merupakan struktur bersimetri garis tengah pada dua bahagian dalam otak haiwan vertebrata yang terletak di antara korteks serebrum dan otak tengah.