Didi Astillah
Didi Astillah | |
|---|---|
ديدي اثتللاح | |
| Kelahiran | Dayang Nazilah binti Awang Astillah 28 Ogos 1996 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Penari |
| Tahun aktif | 1999–kini |
| Ibu bapa | Awang Astillah Dullah (bapa) Siti Zarina Astillah (ibu) |
| Saudara | Bella Astillah (kakak) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan | Adik - Adik Mutiara, The BeeSings, Miracle 5, Puteri |
Dayang Nazilah Awang Astillah atau dikenali sebagai Didi Astillah (Jawi: ديدي اثتللاح; lahir 28 Ogos 1996) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.
Didi bukanlah pendatang baru yang baru berkecimpung dalam dunia seni tetapi sudah memulakan kerjaya seninya seawal usia 3 tahun dan menghabiskan usia remajanya aktif dalam bidang nyanyian. Semakin dikenali ketika menyertai Idola Kecil Musim 1, selepas menyertai idola kecil musim pertama beliau menyertai program Kamilah Bintang di Astro Ceria Didi kini merupakan artis rakaman di bawah naungan Warner Music Malaysia.