Diane Lane

Diane Lane
Diane Lane, 2011
Kelahiran
Diane Colleen Lane

(1965-01-22) 22 Januari 1965
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1979–kini
PasanganChristopher Lambert (1988-1994)
Josh Brolin (2004-2013)
Anak-anak1
Ibu bapaBurton Eugene Lane
Colleen Farrington
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthdate"

Diane Colleen Lane (lahir 22 Januari 1965) merupakan seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Dilahirkan dan dibesarkan di New York City, Lane memulakan kerjaya lakonan pertamanya menerusi filem 1979 arahan George Roy Hill A Little Romance, berlakon bersama Laurence Olivier. Setelah itu, beliau muncul di muka depan majalah Time dan diberi jolokan "Grace Kelly yang baru".

Beliau telah muncul dalam beberapa filem terkenal, termasuk filem 2002, Unfaithful, yang meraih penghargaan Satellite, New York Film Critics Circle, and National Society of Film untuk Pelakon Terbaik dalam Wayang Gambar (Drama). Pencapaian beliau dalam Unfaithful juga mendapat Anugerah Akademi, Golden Globe, dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pelakon Terbaik.

Lane telah berlakon dalam filem The Outsiders, A Walk on the Moon, The Perfect Storm, Under the Tuscan Sun, Cinema Verite, dan Trumbo. Beliau memegang watak Martha Kent dalam filem Man of Steel dan Batman v Superman: Dawn of Justice, dan akan melakonkan semula peranannya dalam filem Justice League yang akan datang.