Dia Fadila
Dia Fadila | |
|---|---|
| Nama lahir | Nur Fardilla Nadia binti Abu Bakar |
| Juga dikenali sebagai | Dia Fadila |
| Kelahiran | 23 September 1984 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Pop, Balada |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 1999–2011, 2018–kini |
| Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan | Hattan, Andy Flop Poppy |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Nor Fadila Nadiah Abu Bakar (lahir 23 September 1984) atau lebih dikenali sebagai Dia Fadila ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Bakatnya mula dikesan selepas menyertai pertandingan Bintang Gala RTM 1999. Biarpun tewas kepada penyanyi, Nur Fatima, namun bakatnya berjaya memikat hati penggubah, Jari. Malah, Jari juga yang memperkenalkannya kepada Warner Music. Pada tahun 2018, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima, dinobatkan sebagai naib juara. Kini, beliau merupakan Pensyarah Muzik dan Vokal di salah sebuah IPTA di Malaysia.