Dewangga
Dewangga (disebut [dé.wang.ga], Jawi: ديواڠݢ; serapan Sanskrit: देवाङ्ग devāṅga) atau juga dikenali sebagai tapestri ([ta.pés.tri], Jawi: تڤيستري; pinjaman bahasa Inggeris: tapestry) adalah salah satu bentuk seni tekstil di mana kain fabrik ditenun serta dianyam menghasilkan corak dan gambaran bermaksud tertentu untuk tujuan perhiasan dalam acara khusus sambil juga untuk menebat haba dalam persekitaran tertentu.