Detective Pikachu

Pokémon Detective Pikachu
Lakon layar
  • Dan Hernandez
  • Benji Samit
  • Rob Letterman
  • Derek Connolly
Cerita oleh
  • Dan Hernandez
  • Benji Samit
  • Nicole Perlman
BerdasarkanDetective Pikachu oleh
The Pokémon Company
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiJohn Mathieson
Disunting oleh
  • Mark Sanger
  • James Thomas
Muzik olehHenry Jackman
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 3 Mei 2019 (2019-05-03) (Japan)
  • 10 Mei 2019 (2019-05-10) (United States)
Masa tayangan
104 minutes
Negara
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
Bahasabahasa Inggeris
BajetUSD150 juta
Pecah panggungUSD433 juta

Pokémon Detective Pikachu ialah filem misteri fantasi 2019 arahan Rob Letterman produksi Legendary Pictures bersama Toho. Ia mengadaptasi permainan video berjudul sama tahun 2016 dalam siri Pokémon ciptaan Satoshi Tajiri; ia filem aksi langsung pertama berdasarkan siri berkenaan. Skripnya ditulis Letterman, Dan Hernandez, Benji Samit dan Derek Connolly, berdasarkan cerita oleh Hernandez, Samit dan Nicole Perlman. Ryan Reynolds menyumbang suara dan rujukan tangkapan gerakan watak utama Pikachu serta digandingi Justice Smith, Kathryn Newton, Suki Waterhouse, Omar Chaparro, Chris Geere, Ken Watanabe dan Bill Nighy.