Ryan Reynolds
Ryan Reynolds | |
|---|---|
Reynolds ketika San Diego Comic-Con International 2015 | |
| Kelahiran | 23 Oktober 1976 |
| Pekerjaan | Pelakon, penerbit, ahli perniagaan |
| Tahun aktif | 1991–kini |
| Pasangan | Scarlett Johansson (k. 2008; c. 2011) Blake Lively (k. 2012) |
| Anak-anak | 4 |
Ryan Rodney Reynolds (lahir Oktober 23, 1976) ialah seorang pelakon, pelawak dan penerbit filem dari Kanada. Beliau melibatkan diri dalam pelbagai lakonan dari sitkom (merangkumi Two Guys and a Girl, National Lampoon's Van Wilder, Definitely, Maybe, The Proposal) ke drama (Hillside, The Amityville Horror, The Change-Up) serta aksi (Hannibal King dalam Blade: Trinity tahun 2004, Hal Jordan dalam Green Lantern tahun 2011) Beliau mula masyhur memainkan watak Deadpool - dahulunya dalam X-Men Origins: Wolverine (2009) produksi 20th Century Fox sebelum beralih ke filem reboot Deadpool (2016) dan Deadpool 2 (2018).
Beliau turut menceburi perniagaan melalui pembelian saham utama dalam pengeluaran dan pengiklanan gin jenama Aviation American pada Februari 2018 serta syarikat telekomunikasi Mint Mobile pada November 2019.