Desa Tebrau
Desa Tebrau merupakan sebuah perbandaran yang terletak di mukim Tebrau, Johor Bahru, Johor. Desa Tebrau terletak di sepanjang Jalan Kota Tinggi dan hanya sekitar 14 km dari pusat bandaraya. Pusat tumpuan adalah di kawasan Tebrau City dengan terdapatnya beberapa pusat membeli-belah yang popular di sini termasuklah ÆON Tebrau City Shopping Centre, Tesco Tebrau City dan cadangan pembinaan IKEA Tebrau City.