IKEA

IKEA International Group
Nama asliIKEA 
Dinamakan sempenaIngvar Kamprad, Elmtaryd, Agunnaryd socken 
Jenis/bentuk sahSyarikat persendirian Sweden
IndustriRuncit (Pengkhususan)
Ditubuhkan 1943 (1943) di Älmhult, Småland, Sweden
PengasasIngvar Kamprad 
Ibu pejabat Leiden, Holland Selatan, Belanda
Tokoh pentingIngvar Kamprad, Pengasas
Anders Dahlvig, Presiden
Hans Gydell, Presiden Inter IKEA Group
KeluaranPerabot pasang sendiri, lihat bahagian produk
Hasil$28.6B USD ( 14%) (FY 2007)
Bilangan kakitangan118,000 (2007)
Tapak webwww.ikea.com
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"

IKEA (disebut /ɪ²keːa/, [i.ké.a] atau /aɪˈkiːə/, [ai.ki.ye]) merupakan syarikat penjual perabot yang terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1943 oleh Ingvar Kamprad di Sweden. Ia kini dimiliki oleh yayasan berdaftar di Belanda yang dikawal oleh keluarga Kamprad. IKEA merupakan akronim hasil pemarapan nama pengasasnya (Ingvar Kamprad), ladang di mana dia membesar (Elmtaryd), dan kaunti tempat asalnya (Agunnaryd, di Småland, Sweden Selatan).

Syarikat ini mengedarkan produknya sama seperti kedai-kedai perabot yang lain, tetapi juga mempunyai laman web untuk pelanggan melihat katalog produk yang dijual.

IKEA telah membuka 433 buah cawangan di 52 buah negara setakat 2019; kebanyakan cawangan sedunia Ikea dipegang milik oleh INGKA kelolaan Yayasan Stichting INGKA, antara 40 buah yayasan terkaya di dunia.