Defibrilator

Defibrilator ialah sejenis peranti perubatan yang digunakan untuk memulihkan keadaan jantung yang tidak berfungsi seperti normal, yakni denyutan jantung "terhenti". Defibrilasi adalah satu proses untuk merawat pesakit yang mengalami aritmia jantung, fibrilasi ventrikular dan takikardia ventrikal yang tidak mempunyai nadi. Proses defibrillation menyampaikan dos terapi tenaga elektrik ke jantung dengan mengunakan defibrilator. Ini akan mempolarasi jisim kritikal otot jantung, dan membenarkan ritma sinus yang normal untuk memulihkan semula perentak jantung yang berada di nod sinoatrial jantung.

Defibrilator merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk mengejutkan jantung pesakit dan memulihkan semula corak rentak jantung kepada normal. Apabila defibrillator digunakan, ia akan mengaktifkan semula jantung dan ini akan membolehkan jantung menghantar darah ke seluruh badan seperti biasa.

Defibrilasi boleh digunakan secara luaran, transvenuous (merentasi vena) atau diimplan, bergantung kepada jenis peralatan yang digunakan atau diperlukan. Beberapa unit luaran yang dikenali sebagai defibrilator luaran automatik, atau dalam bahasa Inggeris, automated external defibrillator (AED), mengautomasikan diagnosis ritma yang boleh dipulihkan. Ini bermaksud bahawa orang awam juga boleh mengunakan defibrilator tanpa sebarang latihan.