Defibrilator luaran automatik

Defibrilator luaran automatik merupakan alat elektronik mudah alih yang boleh dibawa ke mana sahaja. Ia sesuai digunakan untuk situasi kecemasan. Alat ini berfungsi mengenalpasti beberapa faktor yang berpotensi mengancam cardiacarrhythmias fibrilasi ventricular dan tachycardia ventricular dalam pesakit. Di samping mengenalpasti tanda-tanda masalah tersebut, automatik defibriltor luar juga mampu merawat masalah tersebut dengan menjalani defibrilasi proses. Penghasilan terapi elektik oleh alat ini mampu menghentikan arrhythmia lantas membolehkan jantung untuk mengembalikan rentak yang berkesan. Automatik defibrilator luar ini direka khas kepada orang awam kerana ia hanya menggunakan audio dan arahan visual yang mudah difahami.