Dayana Amerda
Dayana Amerda | |
|---|---|
| Kelahiran | Siti Amirah Dayana binti Mohd Amerullah 4 Disember 1999 |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 2009–kini |
| Pasangan | Hadi Mazlan (k. 2019) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | Vokal |
Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah (lahir 4 Disember 1999) atau lebih dikenali sebagai Dayana Amerda merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali sejak menjadi antara peserta sepuluh teratas dalam program realiti kanak-kanak, Idola Kecil Musim ke-2. Beliau telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut dan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10 000. Selain itu, beliau juga membawa pulang RM 5,000 kerana beliau dianugerahkan "Idola Popular Dutch Lady 2009".