Dayak
Dayak Dyak | |
|---|---|
Seorang ketua Dayak memegang lembing dan perisai yang dikenali sebagai Klebit Bok | |
| Jumlah penduduk | |
| s. 6.1 juta | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Borneo: | |
| Malaysia | s. 3.350.509 |
| Indonesia | s. 3.009.494 |
| Bahasa | |
| Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia Terutamanya Bahasa-bahasa Dayak Ngaju • Iban • Klemantan • Kayan • Ot Danum • Barito • Bakumpai • Ma'anyan • Murut • dll. Termasuk juga Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu Berau • Kutai • Mempawah • dll. | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Orang Austronesia Orang Banjar • Orang Melayu Borneo • Rejang • Malagasy, dll. | |
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "popplace1" yang tidak diketahui
Dayak, turut dieja sebagai Dyak atau Dayuh merupakan salah satu rumpun bumiputera di Borneo. Ia merupakan gelaran umum bagi 200 suku kaum yang menetap di kawasan sungai dan bukit, terutamanya di bahagian tengah dan selatan Pulau Borneo, dengan bahasa, dialek, adat, undang-undang, kawasan dan budaya yang tersendiri, walaupun terdapat juga persamaan umum tentang puak ini. Bahasa-bahasa Dayak dikategorikan sebagai sebahagian daripada cabang Bahasa-bahasa Austronesia. Pada zaman dahulu, sebahagian besar masyarakat Dayak memeluk kepercayaan animisme (turut dikenali sebagai Kaharingan di Indonesia), walaupun bermula pada abad ke-19 ramai yang mulai memeluk agama Kristian dan Islam.