Daniel Padilla

Daniel Padilla
Padilla di Celebrate Mega di Iceland pada November 2016.
Kelahiran
Daniel John Ford Padilla

(1995-04-26) 26 April 1995
WarganegaraFilipina
Nama lainDJ, DJP, Daniel
PekerjaanPelakon, penyanyi, penaja, artis rakaman, model
Tahun aktif2010–kini
EjenStar Magic (2010–kini)
Kampung asalQuezon City
Ibu bapa
Saudara
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzik
DiskografiLihat: Daniel Padilla discography (en)
Syarikat rakamanStar Music (2012–kini)
Kegiatan berkaitanParking 5, ASAP Artists

Daniel John Ford Padilla (lahir 26 April 1995; umur 30 tahun) ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki Filipina. Padilla telah diberi jolokan "Teen King" industri hiburan Filipina. Merupakan artis di bawah ABS-CBN dan Star Magic, beliau membuat kemunculan televisyen sulungnya menerusi peranan pembantu dalam lipur lara Gimik 2010 (2010), sebelum menjayakan peranan utama dalam Growing Up (2011). Beliau telah membintangi pelbagai rancangan televisyen Filipina termasuk Princess and I (2012-2013), Got to Believe (2013-2014) dan Pangako Sa 'Yo (2015-2016). Beliau membuat penampilan filem sulung sebagai pelakon pembantu pada 2012 sebelum berlakon dalam 10 filem Filipina dengan kutipan tertinggi pada tahun ini termasutk She's Dating the Gangster (2014), Crazy Beautiful You (2015), Barcelona: A Love Untold (2016) dan Can't Help Falling in Love. Padilla telah mengeluarkan album platinum berganda di Filipina termasuk EPnya yang menggunakan namanya sebagai judul album (2012), DJP (2013), I Heart You (2014), album rakaman emas I Feel Good (2015), dan album kompilasi DJ' Greatest Hits (2016). Beliau juga mengadakan empat konsert, iaitu Daniel: Live! (2013), DOS (2014), Most Wanted (2015) dan DJ Classics: Back at the Araneta (2017).

Padilla telah meraih pelbagai anugerah di bahagian televisyen, filem dan muzik termasuk GMMSF Box-Office Entertainment Awards for Box Office King, Anugerah Awit dan Anugerah Bintang PMPC bagi Album Paling Laris Tahun Ini. Lagunya, "Simpleng Tulad Mo" telah memenangi Anugerah Muzik Myx untuk Lagu Kegemaran. Dalam kerjayanya, beliau telah menerima pencalonan Anugerah Muzik Dunia pada 2013, dan menjadi artis Filipina pertama yang memenangi Anugerah Kids' Choice 2015 bagi Global Slime Star.