Daniel Day-Lewis


Daniel Day-Lewis
Day-Lewis pada Mei 2013
Kelahiran
Daniel Michael Blake Day-Lewis

(1957-04-29) 29 April 1957
London, England
WarganegaraEngland
Kerakyatan
  • British
  • Ireland
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1970–2017
PasanganRebecca Miller
(k. 1996)
Rakan kongsi domestikIsabelle Adjani
(1989–1995)
Anak-anak3
SaudaraCecil Day-Lewis (bapa)
Jill Balcon (ibu)
Tamasin Day-Lewis (kakak)
Michael Balcon (datuk)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Daniel Michael Blake Day-Lewis (born 29 April 1957) ialah seorang bekas pelakon kelahiran United Kingdom.

Beliau dikenali melalui pendekatan lakonannya yang sangat menjiwai sesuatu watak dengan mengkaji dalam-dalam segala apa yang berkaitan dengan persona watak dipilih sebelum berlatih lakon. Malah, beliau sering tidak melepaskan diri daripada lakonannya waima menjejaskan kesihatan diri. Beliau amat cerewet dengan pilihan filem yang mahu dilibatkannya - beliau hanya berlakon sebanyak enam filem dari mula tahun 1998. Beliau juga sangat mementingkan privasinya sehingga jarang tampil diwawancara mahupun menampilkan diri di depan orang ramai.

Kenekadan dalam lakonannya membawa kepada persembahan yang dilihat banyak memukau penonton dan meraih seberapa anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik sebanyak tiga kali, empat Anugerah BAFTA untuk Filem Terbaik, tiga Anugerah Screen Actors Guild dan dua Anugerah Golden Globe. Beliau sendiri dianggap sebagai antara pelakon terbaik sepanjang zaman seni wayang.