Danial Al-Rashid

Danial Al Rashid
Haron Aminar Rashid
دانيال الرشيد هارون أمين الرشيد
Timbalan Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara
Menyandang jawatan
17 Disember 2023
PresidenMohamad Sabu
Ketua PemudaMohd Hasbie Muda
Didahului olehMuhammad Taqiuddin Cheman
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Negeri Selangor
Dalam jawatan
2019–2023
PresidenMohamad Sabu
Penegrusi NegeriIzham Hashim
Ketua Pemuda KebangsaanHasnul Zulkarnain Abdul Munaim
(2019–2020)
Shazni Munir Mohd Ithnin
(2020–2021)
Mohd Hasbie Muda
(2021–2023)
Didahului olehAbbas Salimi Azmi
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Batu Tiga
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehRodziah Ismail
(PHPKR)
Majoriti3,382 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Danial Al Rashid bin Haron Aminar Rashid

(1985-09-11) 11 September 1985
Kuala Lumpur, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Amanah Negara (AMANAH)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
PasanganZatil Arifah Mohd Amin
Anak4
Ibu bapaHarun Salim Bachik (bapa)
Martina Ahmad (ibu)
Suriati Mohd Noor (ibu tiri)
Kediaman Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA, Perlis (Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Matematik)
PekerjaanAhli politik

Danial Al Rashid bin Haron Aminar Rashid (lahir 11 September 1985) merupakan seorang ahli politik di Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Batu Tiga sejak Ogos 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dan bekas ADUN Seri Serdang Siti Mariah Mahmud, Ketua Bahagian Kanak-kanak Istimewa Selangor (ANIS) dan Ketua Bahagian Warisan Kanak-kanak Selangor dari 2020 hingga 2023 serta Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dari Ogos 2018 hingga Disember 2020. Beliau merupakan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pemuda AMANAH sejak Disember 2023 dan Ketua Pemuda PH dan AMANAH Selangor dari 2019 hingga 2023. Beliau ialah anak kedua kepada bekas pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik.