Abbas Azmi
Abbas Salimi Azmi | |
|---|---|
| عباس سليم عزمي | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Seri Serdang | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Siti Mariah Mahmud (PH–AMANAH) |
| Majoriti | 10,752 (2023) |
| Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya | |
| Dalam jawatan 2018–2023 | |
| Presiden | Noraini Roslan |
| Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara IV | |
| Dalam jawatan 12 Januari 2020 – 17 Disember 2023 | |
| Presiden | Mohamad Sabu |
| Ketua Pemuda | Shazni Munir Mohd Ithnin (2020–2021) Mohd Hasbie Muda (2021–2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Amanah Negara (AMANAH) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Abbas Salimi bin Azmi merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Seri Serdang sejak Ogos 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dari tahun 2018 hingga 2023. Beliau merupakan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda AMANAH IV dari Januari 2020 hingga Disember 2023.