Dal Shabet
Dal Shabet | |
|---|---|
Dal Shabet pada tahun 2016: Dari kiri ke kanan, Subin, Serri, Woohee dan Ah young | |
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Seoul, Korea Selatan |
| Genre | |
| Tahun aktif | 2011 |
| Diskografi | Lihat: Dal Shabet discography (en) |
| Syarikat rakaman | Dreamcatcher Company |
| Kegiatan berkaitan | UNI.T |
| Anggota semasa |
|
| Bekas anggota |
|
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | dalshabet.com |
| Pautan lain | |
| Nama Korea | |
| Hangul | |
| Makna literal | Moon Sherbet |
| Perumian Semakan | Dal Syabet |
| McCune–Reischauer | Tal Syabet |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Dal Shabet (Hangul: 달샤벳, digayakan sebagai Dal★Shabet atau Dalshabet) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan. Yang dicipta oleh E-Tribe di bawah Happy Face Entertainment. Kumpulan ini debut pada 3 Januari 2011, dengan album mini pertama Supa Dupa Diva dengan enam orang ahli iaitu Viki, Serri, Ah Young, Jiyul, Kaeun dan Subin. Viki secara rasmi keluar pada bulan Mei 2012 dan digantikan oleh Woohee.
Sejak debut mereka, Dal Shabet telah mengeluarkan satu album studio dan sepuluh album mini. Single mereka "Supa Dupa Diva", "Pink Rocket", "Bling Bling", "Hit U", "Mr. Bang Bang”, “Be Ambitious (Look At My Legs)”, “B.B.B (Big Baby Baby)” dan “Joker” semuanya tercatat di dua puluh teratas dalam Gaon Digital Chart.
Pada bulan Disember 2015, Jiyul dan Kaeun meninggalkan kumpulan berikutan tamatnya kontrak mereka. Kumpulan ini melanjutkan karier sebagai kuartet dan mengeluarkan dua album mini iaitu Naturalness pada Januari 2016 dan Fri. Sat. Sun pada bulan September 2016 sebelum Serri, Ah Young dan Subin meninggalkan syarikat itu pada bulan Disember 2017, dengan Woohee mengikuti pada bulan Disember 2018. Happy Face menyatakan bahawa "kumpulan itu belum dibubarkan dan aktiviti masa depan kumpulan itu masih perlu dibincangkan."
Pada bulan September 2019, Dal Shabet bersatu kembali sebagai enam orang ahli dan mengadakan pameran foto dan konsert mini.