Daerah Tutong
Daerah Tutong توتوڠ | |
|---|---|
| Negara | Brunei |
| Ibukota | Pekan Tutong |
| Pentadbiran | |
| • Badan | Jabatan Daerah Tutong |
| • Ketua Jabatan | Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain |
| • Timbalan Ketua Jabatan | Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 1,166 km2 (450 batu persegi) |
| • Pemeringkatan | 3 |
| Penduduk (2016) | |
| • Jumlah | 49,438 |
| • Kepadatan | 42/km2 (110/batu persegi) |
| Poskod | Txxxxx |
| Nombor telefon | +673 4XX +673 422 Tutong +673 423 3XXX Penanjong +673 423 7XXX Lamunin +673 424 Telisai |
| Kod ISO 3166 | BN-TU |
| Laman sesawang | www |
Daerah Tutong ialah salah satu dari empat daerah di Brunei. Ia terletak di antara Daerah Belait di sebelah barat, dan Daerah Brunei-Muara serta Daerah Limbang dalam Sarawak, Malaysia di sebelah timur. Daerah Tutong mempunyai keluasan 1,166 kilometer persegi (450 batu persegi) dan mempunyai penduduk seramai 49,438 pada tahun 2016. Pekan Tutong ialah petempatan utama dan satu-satunya pekan di daerah ini.