Daerah Telang Usan

Telang Usan
Peta daerah Telang Usan
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Miri
Pusat pentadbiranLong Lama
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Marudi
Pentadbiran
 • Pegawai daerahEzra Uda
Keluasan
 • Jumlah9,829 km2 (3,795 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah17,406
 • Kepadatan1.8/km2 (4.6/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
98xxx

Telang Usan merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Miri. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah pekan Long Lama. Antara pekan lain yang terletak di daerah ini ialah Kuala Nyabor, Long Akah dan Long Bedian.

Daerah Telang Usan dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 9,829 kilometer persegi, menjadikannya daerah ketiga terbesar di Sarawak dan keempat terbesar di Malaysia. Daerah ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 17,406 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat Orang Ulu yang sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Kayan, Kenyah dan Penan.