Long Akah

Long Akah
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "elevation m"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "subdivision type2"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin label position"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "subdivision name1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "subdivision name2"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin map"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "subdivision type1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "subdivision type"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "subdivision name"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates region"

Long Akah (disebut sebagai Long Aka) ialah sebuah petempatan lama di hulu Sungai Baram dalam daerah Telang Usan di Sarawak, Malaysia. Kedudukan tempat ini terletak lebih kurang 531 kilometer (330 bt) timur-utara-timur dari ibu negeri Kuching.

Pada zaman permerintahan Rajah Brooke, Long Akah merupakan tempat pentadbiran dan perniagaan bagi kawasan hulu Sungai Baram.

Terdapat sebaris kedai yang dimiliki oleh masyarakat Cina dimana masyarakat tempatan seperti kaum Kenyah, Kayan, Penan dan Kelabit sering melakukan aktiviti perdagangan dan jual beli di tempat ini. Tempat tersebut sangat strategik bagi aktiviti sedemikian kerana kedudukan tapak yang berada di pusat antara masyarakat di hulu dan hilir. Tambahan pula, jarak antara tempat tersebut dengan kampung Long San hanya sejauh 5-10 minit menaiki perahu.

Salah satu keistimewaan di tapak ini adalah bangunan bersejarah dari era pemerintahan Brooke yang dikenali sebagai Kubu Long Akah. Tapak kubu lama ini dibina pada 1929 sebagai pusat pentadbiran pada era Charles Vyner Brooke. Rangka kubu dua tingkat ini dibina menggunakan kayu belian yang sangat keras. Kubu ini telah melalui beberapa pembersihan, termasuk penggantian atap, balak dan atap zink.

Lapangan Terbang Long Akah ialah sebuah padang terbang STOL, menyediakan ketersampaian ke kampung pedalaman ini dari Miri dan Marudi.

Petempatan berjiran termasuk:

  • Long San 1.9 kilometer (1.2 bt) di selatan
  • Long Tap 5.9 kilometer (3.7 bt) di timur
  • Long Selatong 10 kilometer (6.2 bt) di selatan
  • Long Tebangan 10.8 kilometer (6.7 bt) di timur laut
  • Long Apu 20.7 kilometer (12.9 bt) di selatan
  • Long Seniai 23.7 kilometer (14.7 bt) di timur laut
  • Long Julan 24.2 kilometer (15.0 bt) di selatan
  • Long Daloh 28.1 kilometer (17.5 bt) di utara
  • Long Anap 28.1 kilometer (17.5 bt) di selatan
  • Long Palai 30.2 kilometer (18.8 bt) di selatan