Daerah Saratok
Saratok | |
|---|---|
| Transkripsi lain | |
| • Jawi | سراتوق |
Saratok | |
| Koordinat: 1°44′30″N 111°19′45″E / 1.74167°N 111.32917°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Sarawak |
| Bahagian | Bahagian Betong |
| Pusat pentadbiran | Saratok |
| Pentadbiran | |
| • Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Saratok |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 887 km2 (342 batu persegi) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 23,105 |
| • Kepadatan | 26/km2 (67/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Poskod | 95xxx |
| Laman sesawang | betong |
Daerah Saratok ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang dimana turut merangkumi Pusa, Spaoh, Debak, Maludam, Roban, Kabong, Betong dan Budu. Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Saratok. Terdapat sebuah daerah kecil yang dibawah Daerah Saratok iaitu Daerah Kecil Budu. Ia memiliki keluasan sebanyak 887 kilometer persegi yang juga merupakan daerah ketiga terbesar dalam Bahagian Betong.