Daerah Kecil Budu
Daerah Kecil Nanga Budu داءيره كچيل نڠا بودو | |
|---|---|
Daerah Kecil Nanga Budu داءيره كچيل نڠا بودو | |
| Koordinat: 1°45′45″N 111°30′15″E / 1.76250°N 111.50417°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Sarawak |
| Bahagian | Bahagian Betong |
| Pentadbiran | |
| • Pihak berkuasa tempatan | Pejabat Daerah Kecil Budu |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 290.01 km2 (111.97 batu persegi) |
| Penduduk (2010) | |
| • Jumlah | 3,607 |
| • Kepadatan | 12/km2 (32/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Poskod | 95xxxx |
Daerah Kecil Budu (atau Daerah Kecil Nanga Budu; Cina: 南嘉布都副县, bahasa Inggeris: Nanga Budu Sub-District) ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang merangkumi Betong, Saratok, Pusa, Kabong, Spaoh, Debak, Roban, Maludam dan Budu. Jumlah penduduknya ialah seramai 3,607 orang pada tahun 2010. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah kecil ini ialah beretnik Iban dan kebanyakan penduduk menganut agama Kristian. Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Nanga Budu. Ia memiliki luas sebanyak 290 km2.