Daerah Nalut
Nalut
نالوت | |
|---|---|
Peta Libya dengan daerah Nalut diserlahkan | |
| Negara | Libya |
| Ibu kota | Nalut |
| Penduduk (2006) | |
| • Jumlah | 93,224 |
| Kod Plat Lesen | 17, 19, 37, 48, 57 |
Nalut (Arab: نالوت Nālūt) merupakan salah satu daerah di Libya yang terletak di barat laut negara itu. Ibu kotanya ialah bandar Nalut. Bandar kedua yang paling terkenal ialah Ghadames. Di utara dan barat, daerah Nalut bersempadan dengan Tunisia (Kawasan kegabenoran Medenine dan Tataouine) dan Algeria. Di dalam negeri, ia bersempadan dengan Nuqat al Khams - timur laut, Jabal al Gharbi di timur, dan Wadi al Shatii di selatan. Pada tahun 2007, Daerah Nalut telah diperbesarkan untuk merangkumi Daerah Ghadames, manakala bahagian timur bekas Nalut telah dipindahkan ke Jabal al Gharbi.