Cummerbund
Cummerbund atau kumerban ialah sejenis bengkung, berupa jalur kain dengan reka bentuk berlipat dan tidak mempunyai pengapit, yang sering dipakai dengan jaket malam berbres tunggal (atau tuksedo). Cummerbund telah diguna pakai oleh pegawai tentera British di kolonial India, dimana mereka melihat ia dipakai oleh sipahi (askar India) dari Tentera India British. Ia telah diterima pakai sebagai alternatif kepada weskot, dan kemudian tersebar ke pemakaian awam. Penggunaan moden kumerban kepada orang Eropah dan Amerika Utara adalah sebagai komponen acara tradisional black tie.