Cookie Run
| Cookie Run | |
|---|---|
| Genre | Permainan video larian tanpa had |
| Pembangun | Devsisters Corporation |
| Platform | iOS Android |
| Keluaran pertama | OvenBreak 12 Jun, 2009 |
| Keluaran terkini | Cookie Run: Puzzle World 2019 |
Cookie Run (Hangul: 쿠키 런; RR Kukireon; Erti Harfiah: Larian Biskut; Jawi: لارين بيسکوت) merupakan satu siri permainan video larian tanpa henti mudah alih dalam talian yang dicipta oleh Devsisters Corporation. Matlamat permainan tersebut adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin markah dalam jangka hayat anda dengan mengumpul jeli, sambil mengelak pelbagai rintangan. Permainan ini boleh dimuat turun pada peranti iOS dan Android.