Constantius Chlorus
| Constantius I | |
|---|---|
| Maharaja Empayar Rom | |
| Pemerintahan | 293 – 305 (sebagai Caesar dengan Maximian); 305 – 306 (sebagai Augustus di barat, dengan Galerius sebagai Augustus di timur) |
| Nama penuh | Marcus Flavius Valerius Constantius |
| Pendahulu | Maximian (dengan Diocletian di timur) |
| Pengganti | Flavius Valerius Severus (dengan Galerius di timur) |
| Isteri | Helena (?–293) Theodora (293–306) |
| Anakanda | Constantine Agung Flavius Dalmatius Julius Constantius Flavia Julia Constantia Eutropia Anastasia |
| Dinasti | Constantinian |
| Ayahanda | Eutropius |
| Bonda | Claudia |
Flavius Valerius Constantius (31 Mac c. 250 – 25 Julai, 306), juga Constantius I, adalah seorang maharaja dari Empayar Rom Barat (305–306). Beliau biasanya dikenali sebagai Chlorus (Si Pucat) satu nama jolokan yang diberikan kepada beliau oleh para sejarawan Byzantine. Beliau merupakan bapa kepada Constantine Agung dan pencetus bagi dinasti Constantinia.