Concorde
| Concorde | |
|---|---|
| Peranan | Pesawat penumpang supersonik |
| Pengeluar | BAC (kini BAE Systems) Aérospatiale (kini EADS) |
| Penerbangan pertama | 2 Mac 1969 |
| Pengenalan | 21 Januari 1976 |
| Dihentikan | 26 November 2003 |
| Status | Dibersarakan |
| Syarikat penerbangan utama | British Airways Air France Braniff International Airways Singapore Airlines |
| Jumlah dibina | 20 (termasuk 6 buah pesawat bukan penumpang) |
| Kos unit | £23 juta pada 1977 |
Aérospatiale-BAC Concorde ialah sebuah pesawat penumpang dan pengangkut supersonik berkuasa turbin jet. Ia ialah satu keluaran perjanjian kerajaan Britain dan Perancis, menggabungkan usaha-usaha pembuatan Aérospatiale dan British Aircraft Corporation. Concorde yang diterbangkan buat pertama kali pada tahun 1969 mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1976 dan digunakan selama 27 tahun.