Columba (genus)


Columba
Merpati kayu biasa (C. palumbus) di Taormina, Sicily
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Subkeluarga: Columbinae
Genus: Columba
Linnaeus, 1758
Diversiti
33–35 spesies
Sinonim

Aplopelia Bonaparte, 1855 (lihat teks)
Trocaza Bonaparte, 1854

Saiz genus Columba agak besar yang terdiri daripada merpati bersaiz sederhana ke besar yang berbadan tegap. Ia sering kali dirujuk sebagai merpati biasa. Istilah "merpati" dan "punai" masing-masing telah digunakan secara berluasa untuk Columbidae bersaiz kecil dan sederhana. Spesies Columba – sekurang-kurangnya spesies dalam Columba sensu stricto – secara umumnya diistilahkan sebagai "merpati", dan dalam kebanyakan kes merpati kayu. Spesies yang biasanya dikenali sebagai "merpati" sebenarnya adalah merpati feral (C. livia domestica). Ia diterbitkan daripada Pergam Batu (C. livia), yang mana menjadi asas bagi majoriti baka-baka merpati peliharaan seperti merpati pos dan merpati ekor kipas. Selain itu, "merpati kayu" biasanya merujuk pada merpati kayu biasa (C. palumbus).

Genus ini difahamkan berasal daripada Dunia Lama, tetapi beberapa antaranya seperti merpati liar dan peliharaan telah dibawa keluar daripada habitat asalnya sebagai contoh ke Amerika.