Club Brugge KV

Club Brugge
Nama penuhClub Brugge Koninklijke Voetbalvereniging (Club Bruges Royal Football association)
GelaranBlauw-Zwart (Biru-Hitam), Club, FCB
Diasaskan13 November 1891 (1891-11-13) Stamnummer (matricule number) 3
StadiumStadium Jan Breydel
(Kapasiti: 29.042 )
PresidenBart Verhaeghe
JurulatihMichel Preud'homme
LigaLiga Pro Belgium
2018/19Liga Pro Belgium, Ke-1
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Club Brugge Koninklijke Voetbalvereniging (Sebutan Flemish: [klʏp ˈbrʏʝə ˈkoːnɪŋkləkə ˈvudbɑɫvəˈreːnəʝɪŋ]), ataupun hanya disebut Club Brugge, merupakan sebuah kelab bola sepak Belgium yang berpangkalan di Bruges, Belgium. Kelab telah ditubuhkan pada tahun 1891 dan merupakan salah satu kelab teratas di Belgium. Tempat halaman kelab ini terletak di Stadium Jan Breydel, dengan kapasiti sebanyak 29,472.

Pesaing utama Club Brugge ialah Anderlecht. Selain itu, Club Brugge juga merupakan pesaing Cercle Brugge K.S.V. yang berkongsi stadium yang sama malah terletak di bandar yang sama, Bruges.

Mengikut sejarah yang panjang, Club Brugge telah banyak memenangi bola sepak Eropah, dengan melangkah dua kali perlawanan akhir pentas Eropah dan dua kali ke separuh akhir peringkat Eropah. Club Brugge merupakan satu-satunya kelab Belgium yang melangkah ke perlawanan akhir Piala Eropah (kini Liga Juara-Juara UEFA). Club Brugge tewas kepada lawan yang sama dalam perlawanan akhir Piala Eropah, Liverpool pada 1976 dan 1978. Club Brugge bertanding ke Piala Eropah sebanyak 16 kali.