Clemens dari Iskandariah

Clemens dari Iskandariah
Clement digambarkan pada tahun 1584
Bapa Gereja, Ahli Teologi
Lahirs. 150 M
Athens, Akhaia, Empayar Rom
Meninggals. 215 M
Jerusalem, Syria Palestina, Empayar Rom
Dihormati olehOrtodoks Oriental
Katolik Timur
Komuni Anglikan
DikanunkanPra-persidangan
Hari perayaan4 Disember (Katolik Timur, Anglikanisme)
5 Disember (Gereja Episkopal, Anglikanisme)
TengkarahDianggap sebagai heretik oleh Photius.
Kultus Katolik yang ditekans. 1605 oleh Paus Clemens VIII

sunting


Titus Flavius Clemens (Jawi: تيتوس فلاۏيوس کليـمـين‌س), juga dikenali sebagai Clemens dari Iskandariah atau Clement dari Alexandria (Yunani Purba: Κλήμης ὁ Ἀλεξανδρεύς; s. 150s. 215 M), merupakan seorang ahli teologi dan falsafah Kristian yang mengajar di Sekolah Kateketik Alexandria. Antara murid-muridnya ialah Origen dan Alexander dari Jerusalem. Seorang pemeluk agama Kristian, beliau merupakan seorang terpelajar yang mahir dengan falsafah dan sastera Yunani klasik. Seperti yang ditunjukkan oleh tiga karya utamanya, Clemens lebih dipengaruhi oleh falsafah Helenistik berbanding pemikir Kristian lain pada zamannya, dan khususnya, oleh Plato dan Stoik. Karya-karya rahsianya, yang hanya tinggal serpihan, mencadangkan bahawa beliau juga biasa dengan esoterisme Yahudi pra-Kristian dan Gnostisisme. Dalam salah satu karyanya, beliau berhujah bahawa falsafah Yunani berasal daripada kaum bukan Yunani, mendakwa bahawa kedua-dua Plato dan Pythagoras diajar oleh sarjana Mesir.

Clemens biasanya dianggap sebagai seorang Bapa Gereja. Beliau dihormati sebagai orang kudus dalam Kristian Koptik, Katolik Timur, Kristian Ethiopia, dan Anglikanisme. Beliau dihormati dalam Katolik Barat sehingga 1586, apabila namanya dikeluarkan daripada Martirologi Rom oleh Paus Sixtus V atas nasihat Baronius. Gereja Ortodoks Timur secara rasmi menghentikan sebarang penghormatan terhadap Clemens dari Iskandariah pada abad ke-10. Walau bagaimanapun, beliau masih kadang-kadang dirujuk sebagai "Santo Clemens dari Iskandariah" oleh kedua-dua penulis Ortodoks Timur dan Katolik.