Cintaku Satu (album)

Cintaku Satu
Album studio oleh
Noraniza Idris
Dilancarkan pada30 Disember 2010
TempatMalaysia
GenreIrama Malaysia
Panjang45:44
BahasaMelayu
Syarikat
  • Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
  • Erama Records
PenerbitZahid Idris
Kronologi Noraniza Idris
Lenggok 20 Tahun
(2006)
Cintaku Satu
(2010)
Single daripada Cintaku Satu
  1. "Enjut duet bersama The Fabulous Cats"
    Dikeluarkan: 23 Julai 2009 (2009-07-23)
  2. "Kuasa Cinta bersama Black Hanafiah"
    Dikeluarkan: 8 Februari 2010 (2010-02-08)
  3. "Mahligai duet bersama Jaclyn Victor"
    Dikeluarkan: 30 Disember 2010 (2010-12-30)
sunting · sunting di Wikidata

Cintaku Satu merupakan sebuah album studio ke-13 oleh penyanyi Noraniza Idris yang membawa elemen-elemen 1Malaysia. Album ini diterbitkan pada 30 Disember 2010 secara fizikal oleh eRama Record dengan kerjasama syarikat miliknya, Noraniza Idris Production Ventures. Album ini menyaksikan kerjasama Noraniza bersama angkatan artis-artis baru seperti Bob, Dior, Karen Tan, Jaclyn Victor dan ramai lagi. Pembikinan album ini telah menyaksikan kerjasama antara penggubah, penulis lirik dan penerbit baru dan lama seperti Helen Yap, Edrie Hashim, Cat Farish, Dior, Elji Enava, Asmin Mudin dan Noraniza sendiri. Zahid Idris yang merupakan adik kepada Noraniza sendiri selaku tunjang utama dalam penerbitan album Cintaku Satu.