Chuping, Perlis
Mukim Chuping | |
|---|---|
Mukim Chuping | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Perlis |
| Pentadbiran | |
| • Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 102 km2 (39 batu persegi) |
| Penduduk (2010) | 12,779 |
| • Kepadatan | 125.3/km2 (325/batu persegi) |
Chuping merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia. Penanaman tebu yang terbesar di Malaysia terletak di sini.
Semasa dahulu, Bukit Chuping menjadi punca pengeluaran baja tahi kelawar. Bukit Chuping ialah bukit batu mendap batu kapur yang mempunyai gua yang terdapat kelawar. Semasa dahulu, baja tahi kelawar ini satu baja yang ada untuk tanaman terutama tanaman padi kerana ia mengandungi kalsium dan besi yang mengikat fosfat. Apabila baja ini diletakan pada sawah padi yang terendam, pembebasan fosfat dan kalsium menyuburkan lagi tanaman.
Chuping menjadi lokasi pengambaran filem KL Menjerit dan KL Menjerit 1.