Cho Chang
| Watak Harry Potter | |
|---|---|
Cho Chang, dilakonkan oleh Katie Leung. | |
| Cho Chang | |
| Warna rambut | Hitam |
| Warna mata | Perang Tua |
| Rumah | Ravenclaw |
| Sekolah | Hogwarts |
| Dilakonkan oleh | Katie Leung |
| Kemunculan pertama | Harry Potter and the Goblet of Fire (filem) Harry Potter dengan Banduan Azkaban (buku) |
Cho Chang (lahir 1979) ialah salah satu watak ciptaan J. K. Rowling bagi siri novel remaja, Harry Potter. Dia ialah pelajar dari rumah Ravenclaw dan setahun lebih tua daripada Harry. Dia digambarkan sebagai orang yang rendah dan cantik dengan rambut hitam yang panjang. Dia amat popular dan sering diikuti oleh sekumpulan kawan-kawan. Cho bermain di posisi Seeker untuk pasukan Quidditch Ravenclaw dan pasukan Quidditch kegemarannya adalah Tutshill Tornadoes. Namanya menunjukkan bahawa dia berketurunan Asia dan berkemungkinan daripada bangsa Cina, Korea, Thai atau Vietnam. Dia terkenal sebagai orang pertama yang disukai, dicium, dan diputuskan hubungan oleh Harry. Dia digambarkan "sangat cantik" dengan rambut hitam panjang, dan biasa ditemani dengan sekelompok murid-murid Ravenclaw lainnya.