Chinta (drama)

Chinta
GenreDrama
Cinta
Dendam
Konflik
Ditulis olehAzlina Pa'Wan
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Khatimah Cinta" oleh 6ixth Sense
Lagu penutup"Khatimah Cinta" oleh 6ixth Sense
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitAhmad Puad Onah
PenyuntingNanni Johari
Lokasi
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Siaran asal27 September 2010 – 11 November 2010
Kronologi
MengikutiEpilog Syurga Cinta
Diikuti olehSeribu Kali Cinta

Chinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Feroz Kader, yang dibintangi oleh Fasha Sandha sebagai watak tajuk bersama Adi Putra (memegang dua watak yang berbeza) dan turut dibarisi oleh Farahdhiya, Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Zarynn Min, Natasha Hudson dan Zain Saidin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 27 September 2010 hingga 14 November 2010 menggantikan Epilog Syurga Cinta dan digantikan oleh Seribu Kali Cinta.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.