Chinta (filem)

Chinta
PengarahB.S. Rajhans
Dihasilkan olehRunme Shaw
Dibintangi
Sinematografi
  • Chow Cheng Kok
  • Kwo Chang Tsan
Muzik olehZubir Said
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
26 Oktober 1948 (Panggung Rex, Singapura)
Masa tayangan
1 jam 32 minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Chinta merupakan sebuah filem Melayu yang diarahkan oleh B.S. Rajhans serta diterbitkan oleh Runme Shaw melalui syarikat Malay Film Productions di Singapura pada tahun 1948. Filem yang diterbitkan dalam bentuk hitam putih tanpa warna ini mula ditayangkan di Panggung Rex, Singapura pada 26 Oktober 1948. Selain itu, filem ini merupakan penampilan sulung P. Ramlee dan S. Roomai Noor di layar perak. Semua lagu yang terkandung di dalam filem ini digubah oleh Zubir Said bersama pancaragam pimpinan Alfonso Soliano.