Khimaira
Khimaira (Yunani: Χίμαιρα, rumi: Khímaira "kambing betina"; Latin: Chimaera, bahasa Inggeris: Chimera) adalah makhluk legenda yang dipercayai wujud oleh masyarakat Yunani Purba berupa gabungan beberapa bahagian haiwan yakni badan kambing, kepala singa dan berekor ular. Makhluk ini dikatakan mampu menyemburkan api dari muncung dan mulutnya. Makhluk ini dikatakan kononnya kelahiran dari Tifon dan Ekhidna dan bersaudara dengan beberapa raksasa dalam legenda, seperti anjing Kerberos dan Hidra dari tasik Lernai; ia juga dikatakan ibu kepada Sfinks.
Menurut sajak Ilias nukilan Homeros, raksasa ini dipelihara seorang bernama Araisodaros dan sangat menggangu orang ramai. Ia dibunuh Bellerophon atas permintaan Iobates raja Lykia.