Cerita Asal Terbaik Festival Filem Malaysia
| Cerita Asal Terbaik Festival Filem Malaysia | |
| Anugerah untuk | penterjemahan cerita asal sebelum diubah dan diterjemah kedalam sesebuah filem |
| Dianjurkan oleh | Perbadanan Kemajuan Filem Nasional |
| Negara | Malaysia |
| Diperkenalkan pada | 1981 (Untuk persembahan filem pada 1980/1981) |
| Pemenang pertama | Othman Hafsham - Adik Manja (1980) Ketika ini dikenali sebagai Skrip Terbaik |
| Kini dipegang oleh | Martias Ali - Libas (2011) |
| Laman Web Rasmi | |
|---|---|
Cerita Asal Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang berprestij yang sering menjadi idaman setiap penulis yang bertanding dalam Festival Filem Malaysia (FFM). Anugerah disediakan bagi menghargai penulis asal sesebuah cerita sebelum diangkat menjadi sesebuah filem, dalam industri perfileman Malaysia. Karya-karya asal ini termasuklah skrip asal filem, novel dan lain-lain sumber. Kategori ini dikhaskan kepada penulis lakon layar asal yang telah tercalon untuk cerita asal terbaik yang telah dipilih oleh juri-juri yang berpengalaman dalam bidang perfileman. Pada malam anugerah tersebut, anugerah ini diumumkan pada akhir acara. Anugerah ini dikira penting bagi menentukan mutu filem yang bertanding dari segi penulisan serta penterjemahan kedalam sesebuah filem tersebut.