Cereka peminat

Cereka peminat atau cereka penggemar (juga Mal.: fiksyen peminat, Ind.: fiksi penggemar; bahasa Inggeris: fan fiction atau fanfiction - singkatan fanfic, FF atau fic) ialah istilah pengertian umum bagi hasil cereka mengenai watak-watak atau latar-latar yang dikarang oleh para peminat sesuatu karya asal, dan bukannya pengkarya asalnya. Cereka sebegini lazimnya menghuraikan hasil kerja yang tidak menerima izin pengkarya asalnya, dan biasanya (tetapi bukan selalunya) tidak diterbit secara profesional.

Fiksyen peminat diertikan berlawanan dengan fiksyen asli yang wujud di dalam alam diskret tersendiri, serta berlawan dengan hasil daftar karya dalam lingkungan alam tersebut. Kebanyakan pengarang karya sebegini peminat menganggap bahawa pembacanya berpengetahuan mengenai alam latar karya yang dijadikan asas kepada hasil kerja mereka.

Sebelum sekitar tahun 1965, istilah fiksyen peminat digunakan dalam fandom sains fiksyen untuk menandakan asli kerja-kerja cereka sains amatur yang diterbit dalam fanzine sains fiksyen, berbanding dengan fiksyen yang diterbit secara profesional, namun penggunaan istilah bagi erti sebegini kini tidak digunakan lagi; definisi-definisi terkini istilah ini mengecualikan cereka asli dari genre berkenaan dan tidak semestinya mengecualikan sumbangan profesional.