Catriona Ross

Catriona Ross
Kelahiran
Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross

(1980-09-02) 2 September 1980
Nama lainCatriona Norhayati, Kak Kek
PendidikanSarjana Muda Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Putra Malaysia
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penulis skrip, penulis buku
Tahun aktif1998–kini
PasanganShaharuddin Mokhtaruddin (k. 2009)
Anak-anak3
Ibu bapaBahrin Ross Abdullah (bapa)
Siti Zawiyah Ab. Rahman (ibu)
SaudaraFiona Aishah (adik)
Shakirin Alistair (adik)
Razzi Rahman (bapa saudara)

Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross (lahir 2 September 1980) merupakan seorang pelakon, model, pengacara, penulis skrip, dan penulis buku wanita Malaysia yang berwajah Pan-Asian.

Beliau juga merupakan penulis skrip drama tv dan buku bersama bapa saudaranya, penyanyi Razzi Rahman yang masyhur pada 1990-an. Beliau turut mempunyai laman web mengenai cinta, hubungan dan cerita yang turut menjual barangan seperti tshirt, mug dan pelekat kereta.

Kerjaya seni Catriona bermula apabila berjaya dalam ujibakat untuk menjadi pengacara Wayang Kita terbitan Astro Ria.