Carta RIM

Carta RIM ialah satu set carta yang disusun oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang menarafkan single paling banyak strim di Malaysia. Carta ini berdasarkan laporan yang disampaikan oleh penyedia muzik digital utama seperti Apple Music, JOOX, Spotify, KKBox dan Deezer, dan agregat oleh BMAT, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemantauan muzik.