Carl Hilpert

Carl Hilpert
Kelahiran12 September 1888
Meninggal dunia1 Februari 1947(1947-02-01) (umur 58)
Moscow, Soviet Union
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat
Pangkat Generaloberst
UnitInfantri
ArahanKor XXIII
Tentera Darat Ke-16
Kumpulan Tentera Darat Courland
AnugerahKnight Cross berserta Daun Oak

Carl Hilpert (12 September 1888 – 1 Februari 1947) adalah seorang panglima perang Jerman semasa Perang Dunia II.

Semasa peringkat akhir Perang Dunia II, Hilpert memerintah tentera Jerman yang dikepung oleh Tentera Merah dalam Kelompok Courland. Pada 7 Mei 1945, Karl Dönitz, dalam kapasitinya selaku ketua negara, mengarahkan Hilpert menyerahkalahkan Kumpulan Tentera Darat Courland. Hilpert merupakan panglima terakhir kumpulan tentera darat itu. Hilpert menyerah diri bersama staf peribadinya, dan tiga divisyen dari Kor XXXVIII kepada Marsyal Soviet Leonid Govorov. Hilpert menghantar mesej berikut kepada pasukannya:

Kepada semua jenis pangkat! Marsyal Govorod (sic) telah bersetuju dengan gencatan senjata yang bermula jam 14:00 pada 8 Mei. Pasukan akan diberitahu segera. Bendera putih akan di kibarkan. Panglima berharap arahan pelaksanaan dipatuhi, dimana nasib semua askar Courland dipertaruhkan.

Beliau meninggal dunia dua tahun kemudian sebagai tawanan di Moscow pada 1 Februari 1947.