Caravel
Kerabil (Portugis: caravela pinjaman Itali: caravella turunan Latin Pertengahan carăbu "perahu" serapan lanjut Yunani Purba κάραβος) ialah sejenis kapal layar kecil dan mudah dikendalikan. Ia mula digunakan pada kurun ke-15 oleh orang Portugis bagi berlayar dan menjelajah pantai Afrika Barat dan Lautan Atlantik.
Layar-layar kapal kerabil yang berbentuk mirip pada jenis lateen berupaya menggerakkan badan kapal menyongsong angin dan meluncur di pesisiran menuju muara sungai dengan lajunya. Ia banyak digunakan oleh para pelayar empayar Portugis menjelajah lautan pada kurun-kurun ke-15 dan ke-16 semasa Zaman Penemuan.