Caracalla

Caracalla
Maharaja dari Empayar Rom
Pemerintahan198 – 209 (bersama Severus);
209 – 4 Februari, 211
( bersama Severus dan Geta);
Februari – Disember 211
( bersama Geta);
Disember 211 – 8 April 217 (bersendirian)
Nama penuhLucius Septimius Bassianus (sejak lahir hingga 195);
Marcus Aurelius Antoninus Caesar (195 hingga 198);
Caesar Marcus Aurelius Antoninus Augustus
(198 hingga 211);
Caesar Marcus Aurelius Severus Antoninus Pius Augustus (211 hingga meninggal dunia)
PendahuluSeptimius Severus (bersendirian)
PenggantiMacrinus
IsteriFulvia Plautilla
DinastiSeveran
AyahandaSeptimius Severus
BondaJulia Domna

Templat:Severan dynasty Caracalla (4 April, 188 – 8 April, 217. Caracallus), lahir sebagai Lucius Septimius Bassianus dan kemudian dikenali dengan Marcus Aurelius Antoninus dan Marcus Aurelius Severus Antoninus, adalah anak lelaki bongsu kepada Septimius Severus dan Maharaja Rom pada 211 sehingga 217. Beliau merupakan salah seorang daripada maharaja Rom yang paling ‘’nefarious’’. Zaman pemerintahan Caracalla terkenal dengan:

  • Constitutio Antoniniana, memberi kewarganegaraan Rom kepada semua rakyat merdeka di seluruh empayar Rom, berdasarkan ahli sejarah Cassius Dio bagi meningkatkan percukaian.
  • Mengurangkan kandungan perak dalam duit syiling Rom sebanyak 25 peratus untuk menaikkan gaji para legion.
  • Pembinaan sebuah thermae besar di luar Rome, sisa runtuhannya yang dikenali sebagai Mandian Caracalla, masih boleh dilihat pada hari ini.

"Caracalla adalah musuh bersama manusia", tulis Edward Gibbon. Beliau menghabiskan tempoh pemerintahan beliau dengan membuat lawatan ke wilayah-wilayah Rom, dengan itu setiap orang dapat mengalami "penjarahan dan kekejaman." beliau